Thank you for visiting my page! Enjoy reading and don't forget to leave your message on my INBOX! :)




ABOUT LINKS INBOX!
Ashraffe Salléh


I love to write as I could express my feelings through writing. And sharing the story of my life is one of my passions. Do enjoy reading!:)


PALAPES? Why PALAPES? // Friday, May 29, 2015
02:09
Assalamualaikum wbt. Hah kalau kau tak jawab salam aku ni kau akan dapat dosa setinggi Gunung Fujiyama yang bakal meletus bila-bila masa sahaja disebabkan dosa kau yang banyak sejak dulu. Hah gituuuu.

Sebelum aku mencarut lebih dalam sedalam lautan Hindi yang menelan MH370 kononnya tu, baik aku berbalik balik kepada topik asal entry aku. WHY PALAPES? Hahaha ramai orang tertanya-tanya kenapa aku tertarik nak masuk PALAPES.

Kenapa aku yang dilabel 'manja' oleh kawan kawan aku ni terdetik nak menerima segala ujian dan dugaan sebagai seorang kadet? Padahal baik kau duduk diam diam dalam UM jadi civilian. Habis kelas pukul 5 petang, lebih baik kau membongkang dalam bilik membuta sampai Maghrib. Lepas tu bila dengar bunyi azan, baru kau terkedek-kedek nak bangun solat Maghrib. Tapi bila sampai surau kau tengok orang semua dah selesai solat dan sedang mendengar tazkirah Maghrib. Sedangkan kau? Baru je mandi wajib, sarung kain pelikat dan t-shirt lusuh baru nak masuk surau. Kau pun balik bilik dan solat dalam bilik dan sambung membuta. Hah, indahnya kisah hidup kau.

Bila hujung minggu pulak bolehlah kau melacur dan berjimba dengan kawan-kawan kau lepak Starbucks KK8, sampai subuh je, kau solat lepas tu terus membuta. Sedangkan aku? Kena tidur awal supaya boleh bangun seawal 7 pagi untuk bersiap ke latihan tempatan. Setiap Rabu pulak ada watches. Wah, suka kau dengar kisah hidup aku yang terseksa kan? Semoga kau meninggal lepas ni!

KENAPA MASUK PALAPES? Hah dah sejuta sembilan ratus tiga puluh ribu, lapan ratus tiga puluh enam kali aku duk bertanya sendirian. Tapi tak jawab jawab jugak. Kahkahkah. Okay aku jawab niaaa. Jangan sumpah seranah aku, nanti semua tu akan berbalik pada kau dan muka kau akan tumbuh bisul yang memerlukan pembedahan berkos tinggi. Baik kau mengucap dan beristighfar sekarang.

Kisah dia cenggini. Masa aku sekolah menengah dulu, aku ada akak yang sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Lendu dalam pengkhususan Diploma in Accounting Information System. Dia belajar 6 semester. 5 semester belajar dan satu semester practical kat TNB. Masa dia belajar dulu, satu semester je dia tak dapat dekan. So kira result dia cantik sangatlah kan. Tapi lepas graduate, dia susah nak dapat kerja kerajaan, Lah biasalah siapa je taknak kerja kerajaan, bila pembentangan bajet, mesti dapat bonus. Lepas tu bila dah pencen, dapat duit pencen. Siapa yang taknak, ye dak? Tapi alhamdulillah dengan result yang cantik tu akak aku pernah sampai ditawarkan jawatan Warehouse Executive, acah acah Chief Executive gitu kan hahaha. Tapi tawaran tu hanyalah daripada syarikat swasta yang taukeh perempuannya sangat menyakitkan hati dan seorang yang pushy sampai kau rasa nak push dia ke jalan raya dan digilis traktor yang digunakan untuk membina rumah kau tu. 

So cerita dia kat sini kalau dapat result gempak pun tapi susah nak dapat pekerjaan pun, tak guna jugak kan? Jadinya ayah aku pun pesan kat aku semasa aku menuntut di sekolah menengah dulu. Katanya "Dah masuk U nanti, join PALAPES. Insya-Allah bila ada sijil PALAPES senang sikit nak dapat kerja."

Hah!! Kalau kau baca statement ayah aku tu jangan pulak kau screen shot lepas tu kononnya cakap TAK TAHU PULAK REZEKI TU UNTUK DAK DAK PALAPES JE. Hah kepala bana kau. Tu merupakan salah satu usaha supaya urusan kita dipermudahkan. Daripada kau duk online 24 hours, lepas tu screen shot sana sini, post kat FB dan Twitter dengan caption yang konon deep. Dah, kau dah boleh celup kepala kau dalam jamban yang deep. Takdelah kau menyusahkan orang kan?

Tapi masa tu, apa yang ayah aku cakap tu semua masuk telinga kiri keluar mata kanan. Yelah masa tu aku baru tingkatan berapa. Entah bila baru masuk U. 

Then lepas beberapa tahun lepas tu aku pun mendaftar di UM dalam Bachelor of Science with Education. Yay dah masuk U! Masa baru-baru masuk biasalah ada minggu orientasi kan? Yang studentnya duk huha huha melaungkan cheers macam dah tak ada hari esok. Macam haritu je dia hidup sebab tu dia teriak bagai nak gila. Sampai ada yang terpaksa bedah peranakan dia sebab menjerit kuat sangat. Haha k tipu. Haaaa masatulah ada akak-akak cantik dan abang-abang handsome approached aku dah edarkan flyers mengenai PALAPES. Ajak aku masuk PALAPES macam bangla-bangla kat Mapley yang tarik pelanggannya untuk duduk kat meja kawasan kedai dia. Kau rasa?

Then masa baca flyers tulah baru aku teringat pesan ayah aku untuk join PALAPES. PALAPES kat UM ada dua je, Army dan Navy. So aku teringat pulak kata-kata akak aku dulu masa kami duk melayan drama Melayu dulu. Dia kata "Handsome nya men in navy uniform!". So aku pun putuskan untuk pilih Navy. Yelah, baju smart nanang kan? Hahaha walaupun aku dah memang handsome sejak azali. Lagipun ayah, pakcik dan abang ipar aku Army regular, so kalau aku pilih Army macam mainstream sangat dalam family. Kira macam aku nak bawa perubahanlah ni! Haha.

Jadinya aku dengan dua orang lagi kawan sekolej aku pun pergilah Ujian Kecergasan PALAPES. Ujian ni saja nak menguji kecergasan badan kau, fit ke tidak. Kalau yang jenis pemalas nak berjalan 5 meter pun dah penat, sila kuburkan angan-angan kau tu sebab ujian tu nanti kau kena berlari dari Kuala Lumpur sampai Perak lepas tu patah balik KL tanpa henti. Haaaa, kau sanggup? Hahaha okay yang ni gurau. Kau kena berlari dalam 2, 3KM jelah. Tapi masa aku berlari pun baru kejap dah pancit. Ah biasalah tu sebelum masuk UM aku duk memetik anggur kat rumah. Kalau anggur tak berbuah, aku akan membongkang depan TV sampai mengunyah papadom. 

So lepas ujian tu, markah akan diambil kira. Dan kau akan dapat keputusan berdasarkan ke-fitness-an kau. Then bila kami dah dapat keputusan tu, aku dapat D. Haha lepas tu aku pun gelak sorang-sorang sebab dapat D. Aku pun tangkap gambar result tu dan post kat Twitter. Lepas tu sambung gelak. Mana tidaknya, budak pemalas macam aku yang jarang exercise ada hati nak pergi ujian kecergasan. Macam kelakar je. Masa dapat result tu, aku ingatkan tak layak dah untuk proceed, tapi aku dipilih untuk di-interview oleh pegawai dari UM, so aku pun proceed. Start daripada situ aku dah terdetik "I have never expected to go this far."

Untuk pengetahuan korang, daripada 200 lebih students yang apply Navy, dalam 80-100 orang sahaja yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Ceh, dah macam Akademi Fantasia. Kau ada? Yang kau tahu pergi interview UPU lepas tu check result. Kalau dapat, kau happy sambil peluk mak kau, Kalau tak dapat kau pun tutup laptop, tutup lampu bilik, berselubung dalam selimut, menangis.

Selepas ujian kesihatan atau 'medical check-up' dibuat, kami pun di-interview oleh barisan Pegawai yang terdiri daripada Pegawai dari UM sendiri dan Pegawai dari KDSK, Commanding Officer Tuan Jamalulaili. Wah, kali ni semua orang kena speaking. Kau rasa, apa yang kau nak cakap masatu? Dan masatulah semua orang duk buat research siapa Menteri Pertahanan Malaysia, siapa Panglima Tentera dan jenis-jenis kapal laut, kapal selam, kapal terbang, jet pejuang dan kapal UFO yang wujud di dunia haha. Lepas tu semua duk terfikir apa yang dorang nak cakap kalau penemuduga tanya apa dorang boleh sumbangkan untuk PALAPES UM? Hah, masatulah kau bermanis mulut duk cakap nak bagi komitmen tinggi, nak invent macam macam benda baru sampai kadang-kadang apa yang kau cakap tu tak masuk dek akal hahaha. Dan end up kaulah satu-satunya muka yang tak pernah turun bila ada latihan haha. 

Dan finally lepas temuduga dijalan, hanya 30 pelajar terpilih dan antaranya ialah aku! Wow aku sampai sekarang pun tak percaya aku terpilih. Rasanya ramai lagi dak dak sador di luar tu yang nak sangat masuk PALAPES Navy ni haha. Kau bayangkan 200 lebih applicants, 30 sahaja terpilih. Tidakkah kau berasa bangga dengan diri sendiri? Bangga kan? Ke bangang? Heh, gurau.

So daripada situlah aku memulakan langkah ku yang ayu dan berhemah sebagai seorang kadet dan sekarang, ye sekarang aku dah hampir ke pengakhiran bergelar kadet. Insya-Allah semester depan naik midshipment, jadi Junior Midshipment dan bakal menerima kadet baru. Wah, makin stress le lepas ni apabila kami mendapat arahan dari Senior Midshipment dan bagi arahan kepada kadet. Dulu masa kadet, kami hanya terima arahan dan lakukan, tapi lepas ni ujian makin besar. Semoga segalanya dipermudahkan. 

Thanks sebab sudi baca sampai habis! Hehehe.
Siapa yang baca skip-skip tu aku doakan dia berak sembelit dan buasir 3 hari 2 malam. Okbye!